BERITA TERKINI @ CRONY

HARI ANUGERAH CEMERLANG CRONY!

Bermula daripada bulan April 2008, CRONY akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang pada setiap bulan, iaitu pada setiap hari Khamis  selepas tarikh tutup jualan, bertempat di ibu pejabat CRONY di USJ 21, Subang Jaya. Syarikat akan mengadakan satu majlis anugerah sebagai menghargai usaha anda dan kumpulan anda dalam membina dan membesarkan rangkaian perniagaan CRONY.

 Setiap ahli yang berjaya memperkenalkan 2 ahli VIP baru @ berjaya membuat jualan kumpulan persendirian (CPG) sebanyak 2000 PV pada malam tersebut akan menerima anugerah dari syarikat. Pada malam itu juga, CRONY juga akan memberikan Anugerah Stokis Terbaik & Anugerah Jualan Tertinggi kepada mana-mana ahli yang berjaya untuk bulan tersebut.

 CRONY amat menghargai kehadiran anda semua dalam majlis ini dan sebagai tanda penghargaan, CRONY akan memberikan hadiah misteri kepada mana-mana ahli yang membawa sekurang-kurangnya 3 orang ahli CRONY atau bukan ahli CRONY (orang baru) ke majlis ini.

 Majlis Anugerah Cemerlang ini akan diadakan buat pertama kalinya pada 8 Mei 2008 (Khamis) pada pukul 7 malam. Lihat bahagian Aktiviti Bulanan untuk maklumat lanjut.

 CRONY yakin anda akan berjaya dengan cemerlang dalam perniagaan ini dan kejayaan anda adalah kebanggaan kami!

PERTANDINGAN UNTUK SEMUA AHLI CRONY!  

Bermula daripada bulan April hingga November 2008, setiap BC yang berjaya mencapai jumlah jualan terkumpul sebanyak 48,000 PV atau ahli yang berlainan pangkat selain BC yang berjaya mengumpul CPS sebanyak 16,000 PV akan menerima hadiah istimewa daripada CRONY bernilai RM 800 iaitu tiket ke Kem Bina Semangat selama 2 hari 1 malam di Port Dickson, Negeri Sembilan.

 CRONY menjanjikan satu percutian yang penuh dengan aktiviti menarik, mencabar dan menyeronokkan untuk anda semua. Ini adalah bertujuan untuk menaikkan semangat semua ahli-ahli CRONY dalam mengembangkan lagi perniagaan CRONY.

 CRONY akan menjemput motivator yang berpengalaman dan terkenal serta pakar dalam bidangnya untuk memberikan anda inspirasi dan mengecas semula tenaga dan semangat anda dalam perniagaan CRONY.

 Dengan suasana yang tenteram, pantai yang indah dan aktiviti riadah yang menyeronokkan, anda pasti pulang dengan kenangan indah, penuh bertenaga dan semangat baru!

 Sertailah kami sekarang! Jangan lepaskan peluang ini dan rebutlah ia sebelum terlambat!

PELANCARAN SALUN KECANTIKAN CRONY LOHAS!!

CRONY kini mengorak langkah ke hadapan dengan membuka Salun Kecantikan CRONY LOHAS yang terletak di tingkat 3, bangunan pejabat utama CRONY di USJ 21. Salun Kecantikan ini merupakan salah satu usaha CRONY dalam memartabatkan industri kecantikan di Malaysia. PRODUK KECANTIKAN WAJAH Siri A yang diperkenalkan CRONY akan digunakan sepenuhnya dalam merealisasikan impian untuk memiliki wajah idaman bagi setiap wanita.

Pasukan profesional kami yang peramah dan komited sedia menanti anda di sini. Teknik-teknik penjagaan kulit wajah, cara menggunakan produk dan latihan akan diberikan kepada ahli VIP CRONY.

CRONY juga telah melancarkan satu organisasi yang dinamakan CRONY LOHAS UNION yang merupakan satu organisasi yang mendukung falsafah LOHAS itu sendiri iaitu Life Of Health And Sustainability. CRONY LOHAS ini akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik untuk ahli-ahlinya di Tingkat 2 bangunan utama CRONY di USJ 21 seperti kelas menggubah bunga, kelas Yoga, Aerobik, kelas teknik solekan, kelas ukiran Henna, kelas manicure & pedicure, kelas  nail art, kelas membuat sabun dan macam-macam lagi. Semua kelas ini akan dikenakan bayaran yang paling minimum sesuai dengan matlamat LOHAS itu sendiri. Tujuan kami mengadakan pelbagai aktiviti ini adalah untuk kesemua ahli-ahli kami mempelajari perkara -perkara baru dalam hidup mereka tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaaan yang tinggi. Aktiviti-aktiviti ini akan dilaksanakan bergilir-gilir setiap minggu pada setiap hari Khamis & Jumaat, pukul 6-8 pm,  bermula 14 Februari 2008. Sila rujuk bahagian Aktiviti Bulanan untuk melihat apakah aktiviti yang bakal dijalankan nanti. Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas-kelas ini bolehlah menghubungi Ms Siew Yah  @ 03-80246039 untuk membuat tempahan.

PENGUMUMAN WAKTU BEROPERASI PEJABAT & SALUN KECANTIKAN CRONY

  • Bermula dari 17 Januari 2008, waktu operasi Pejabat CRONY ialah:

                                    Isnin - Rabu: 9.30 pagi -6 ptg

                                   Khamis - Jumaat: 9.30 pg - 8 mlm

                                   Sabtu: 9.30 pg - 5 pm (Minggu pertama & ketiga sahaja)

                                   Ahad & Cuti Umum: Tutup

  • Bermula dari 17 Januari 2008, waktu operasi Salun Kecantikan CRONY LOHAS ialah:

                                   Isnin - Rabu: 10.00 pagi -6 ptg

                                   Khamis - Jumaat: 1 pm - 8 mlm

                                   Sabtu: 9.30 pg - 5 pm (Minggu pertama & ketiga sahaja)

                                   Ahad & Cuti Umum: Tutup

* Sila buat temujanji untuk mendapatkan perkhidmatan FP - Facial Revitalizing Programme di Salun kecantikan CRONY LOHAS di talian 03-80246039 (Aida @ Natty) @ 016-3280556 (Natty).

 

 

bajucrony@gmail.com
copyright 2006