Pada awal tahun 1980 an, pengasas CRONY Boutique International, Monsieur Louis Liou ialah seorang yang gemarkan kecantikan. Beliau sedar bahawa ramai orang telah melakukan banyak percubaan yang tidak sesuai dalam menjaga bentuk badan mereka. Apabila menyedari bahawa ramai orang terpaksa menahan dan menanggung kesakitan hanya untuk mendapatkan bentuk badan yang di ingini, Louis mendapat ilham untuk mecipta kaedah yang selamat dan berkesan untuk pembentukan tubuh dan penggiatan semula wajah. Perasaan puas hati dan teruja dapat dirasai apabila kita dapat membantu seseorang untuk mengekalkan potongan tubuh yang cantik dan wajah yang menarik sepanjang hayat mereka.

Louis telah kembali ke Eropah dengan idea ini dan kemudiannya beliau menubuhkan pasukan penyelidik dan pembangunan bioteknologi untuk melakukan banyak kajian dan penyelidikan terhadap rekacipta produk pakain dalam wanita dan penjagaan wajah.

Pada tahun 1985, beliau menamakan hasilnya sebagai CRONY, yang bermaksud “rakan akrab” dan seterusnya memperkenalkan hasil ciptaannya dengan menggunakan tumbuhan asli untuk memperolehi hasil yang selamat dan berkesan. Selain itu, generasi pertama program kecantikan “Pakej Program Penggiatan Semula Muka AA” telah dicipta dengan menawarkan perkhidmatan ala pakar runding. Berbeza daripada kaedah jualan tradisional, AA mempunyai proram kecantikan baru yang sesuai dengan gaya hidup anda. Sebaik sahaja ia dilancarkan di pasaran, ia telah mendapat sambutan hangat di seluruh dunia kerana hasilnya yang begitu ketara dan memberansangkan.

Pada awal tahun 1990-an, sebagai perintis, CRONY telah mencipta konsep “Bioteknologi Selamat dan Berkesan”, sejurus itu pakaian dalaman berbentuk S dan kombinasi siri A dan C dilancarkan. Dengan penjagaan dari dalam dan luar secara serentak, kesan ketara Program Pembentukan Tubuh AS amat dikagumi dan disanjungi dalam bidang kecantikan, khususnya pakaian dalaman berbentuk S yang serta merta dapat mengubah bentuk tubuh anda dan berkesan secara berterusan selama 24 jam. Justeru itu, ia adalah ‘rahsia di sebalik fesyen terkini’ di Paris.

Selepas berdekad menjalankan perniagaan dan meneruskan pembaharuan dalam generasi kedua, ketiga dan keempat Program Kecatikan AA dan AS, amat yakin dengan konsep “ Rakan anda yang paling akrab”, CRONY sebagai peneraju duia dalam bidang kecantikan dengan telitinya memenuhi keperluan dan kehendak manusia di seluruh dunia, menyasar keperluan pelanggan, menganjurkan aktiviti secara berterusan, memberi peluang ke arah kejayaan dan mengekalkan kedudukan cemerlang dalam industri kecantik
an.

 

Selepas berdekad menjalankan perniagaan dan meneruskan pembaharuan dalam generasi kedua, ketiga dan keempat Program Kecantikan AA dan AS, amat yakin dengan konsep “ Rakan anda yang paling akrab”, CRONY sebagai peneraju duia dalam bidang kecantikan dengan telitinya memenuhi keperluan dan kehendak manusia di seluruh dunia, menyasar keperluan pelanggan, menganjurkan aktiviti secara berterusan, memberi peluang ke arah kejayaan dan mengekalkan kedudukan cemerlang dalam industri kecantikan

 

bajucrony(@)gmail.com
copyright © 2006