Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelawat laman web ini.

 Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih setulus hati kerana sudi meluangkan masa anda untuk melayari laman web ini. Semoga dengan adanya laman web ini, anda mendapat maklumat dan informasi yang berguna untuk kesihatan dan kecantikan yang optimum dengan menggunakan produk-produk kesihatan & kecantikan yang diakui keberkesanannya.

Tujuan sebenar laman web ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pendapat tentang ilmu kesihatan dan kecantikan.Seperti mana yang kita semua maklum, isu kesihatan dan kecantikan menjadi satu isu global pada masa kini. Terdapat ribuan jenama produk kecantikan dan kesihatan dilambakkan di pasaran sehinggakan masyarakat menjadi keliru yang mana satu produk kesihatan dan kecantikan yang harus di pilih. Kadangkala, kita begitu mudah terpedaya dengan janji-janji manis penjual apabila mereka membuat jualan. Sebagai pengguna, kita menjadi keliru kerana dalam satu kedai, terdapat puluhan jenama produk produk kecantikan dan kesihatan tetapi harganya berbeza. Bagaimana kita ingin tahu bahawa sesuatu produk itu bagus atau tidak kerana semua jenama dijual begaikan cendawan tumbuh selepas hujan? Inilah persoalan  yang cuba di kupas oleh penulis.

Semua maklumat  yang terkandung dalam laman web ini telah dinilai dan terbukti  kesahihannya berdasarkan informasi yang pemilik web dapati dari syarikat pengeluar sendiri dan juga melalui pengalaman sendiri serta pengalaman pengguna-pengguna yang lain. Penulis juga amat mementingkan informasi bagi menyokong hujah bahawa produk yang disyorkan ini amat baik dengan membanyakkan pembacaan melalui media cetak dan internet. Ini penting kerana fakta tidak boleh diubah, Dengan adanya fakta-fakta penting ini, ia dapat menambahkan keyakinan pengguna dalam memilih produk yang terbaik untuk diri mereka. Dengan adanya sedikit pengetahuan dan penyelidikan yang dilakukan oleh penulis, dapatlah penulis memberi sedikit panduan dan khidmat nasihat kepada sesiapa yang memerlukannya.

Di samping itu, laman web ini juga menyediakan peluang-peluang menjana pendapatan sampingan kepada mereka yang berminat tidak kira secara sambilan atau sepenuh masa. Terpulang kepada anda untuk menilainya. Sekiranya berminat, bolehlah anda mengubungi terus penulis dan mendapatkan gambaran bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui program ini.

Pemilik laman web ini adalah Norhidawati bt Abdul Aziz yang merupakan "ex-staff" - Senior Marketing Executive di syarikat pengeluar produk kecantikan & kesihatan ini. Merupakan satu-satunya staf berketurunan Melayu di syarikat terbabit iaitu Crony Beauty (M) Sdn Bhd. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)  dalam bidang Sains Komputer (Sistem Maklumat)  dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2003. Norhidawati mempunyai pengalaman bekerja di syarikat multinasional dalam bidang Telekomunikasi, Hiasan Dalaman dan Pelancongan. Walaupun begitu, minatnya dalam bidang kecantikan dan kesihatan bermula sejak kecil lagi. Tidak hairanlah sekiranya beliau rancak bercerita dan memberi khidmat nasihat mengenai kecantikan & kesihatan kepada rakan sekerja walaupun bekerja di bidang yang berlainan.

Cita-cita Norhidawati untuk membantu masyarakat dalam bidang kesihatan & kecantikan tercapai apabila menyertai syarikat gergasi multinasional iaitu Crony Beauty (M) Sdn Bhd yang telah ditubuhkan di Malaysia sejak 13 tahun yang lalu. Melalui penyelidikan dan ilmu yang dipelajari tentang masalah yang sering dihadapi wanita & lelaki dewasa ini, semangat Norhidawati untuk membantu masyarakat semakin tinggi. Diiringi dengan produk bermutu yang dihasilkan dengan teknologi terbaik dari Perancis semakin meyakinkan Norhidawati untuk berkongsi maklumat dan memberi perkhidmatan khidmat nasihat kepada semua golongan tidak kira tua @ muda.

Suka di ingatkan bahawa Norhidawati tidak mempunyai kepentingan perniagaan @ peribadi ketika memberi khidmat nasihat kepada pengguna. Khidmat nasihat yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman & penyelidikan yang dilakukan sendiri serta kursus-kursus yang dihadiri beliau serta fakta-fakta yang menyokong hujah beliau. Keputusan untuk memilih dan mendapatkan  produk adalah terpulang kepada pengguna sendiri. Dengan mengikuti tips, petua dan nasihat yang diberikan, insya allah pengguna akan mendapat hasil yang di idamkan.

Selamat melayari laman web ini dan semoga anda sihat selalu!


bajucrony(@)gmail.com
copyright 2006